jump to navigation

UniMAP Juara Piala Raja-Raja Emas Disember 29, 2009

Posted by mohdisa in Sukan.
Tags: , , ,
1 comment so far

Perlis Yang Diwakili Oleh UniMAP


Perlawanan dihenti 10 minit di Stadium Darulaman gara-gara insiden keganasan penyokong

INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. (lagi…)

Jiwa Kacau Disember 18, 2009

Posted by mohdisa in Kehidupan.
Tags: , , , , ,
7 comments

Dunia ini bagaikan sudah sebati dengan masalah, sama ada kita sendiri yang mencari masalah ataupun ia datang dengan sendirinya. Masalah demi masalah yang perlu dihadapi, bukan hanya sekelip mata sahaja kita boleh menyelesaikan masalah tersebut. Perlu mengambil masa, masa yang membuatkan jiwa sesorang itu turut merasakan masalah tersebut. Mulalah gangguan daripada pelbagai aspek, sama ada kita sedar atau tidak sedar. Ada masalah yang boleh membuatkan segala tugas harian kita tidak dapat dilaksanakan. Cakap orang mudah, “Jangan campur adukkan masalah dengan tugas.” Itu cakap orang, nasihat pandai. Cuba diri sendiri yang mengalaminya, mudahkah? Semudah ABC? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Jiwa Kacau – I Hate MySelf

Pingat Emas Bola Sepak Untuk Malaysia Disember 17, 2009

Posted by mohdisa in Sukan.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Football Sea Games 2009


Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 20 tahun apabila berjaya membenam asakan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2009 yang berlansung di Laos dengan kemenangan 1-0. (lagi…)

Separuh Akhir Sukan Sea: Malaysia 3 Laos 1 Disember 14, 2009

Posted by mohdisa in Sukan.
Tags: , , , , , , ,
2 comments

Football Sea Games 2009


Perlawanan yang boleh dianggap menarik untuk melihat kemaraan pasukan bawah 23 tahun Malaysia untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Sukan Sea 2009 dalam bola sepak di mana mereka akan menentang pasukan yang pernah mengalahkan mereka pada peringkat kumpulan sebelum ini iaitu pasukan Vietnam. (lagi…)

Latihan Intensif Persediaan UniMAP MASUM 2010 Disember 14, 2009

Posted by mohdisa in Sukan.
Tags: , , , , , ,
1 comment so far

Majlis Sukan Universiti Malaysia


Hari bermulalah latihan intensif persediaan pasukan Universiti Malaysia Perlis untuk sukan MASUM pada tahun hadapan. Dijangka seramai 120 orang atlet akan berkampung di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, Wang Ulu selama lebih kurang lapan hari. Antara pasukan yang menyertai kem latihan ini adalah olahraga, bola sepak, futsal, sepak takraw, badminton, hoki, tenis, tenpin boling dan lain-lain. Kem latihan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UniMAP ini merupakan kem pertama yang dianjurkan sepanjang aku belajar di sini. Ini juga merupakan kali pertama aku menyertai kem ini selain kem-kem sukan yang lain yang pernah aku hadiri. Moga objektif yang dibawa di dalam kem ini tercapai iaitu memenagi seberapa pingat yang boleh pada siri MASUM tahun 2010. Amin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.