Hidup Seorang Blogger Ogos 31, 2010
Posted by mohdisa in Kehidupan.Tags: Hidup Seorang Blogger
trackback
Sudah agak lama aku tidak menulis di sini, hampir setahun agaknya. Cubalah lihat entri sebelum ini, tarikh akhir posting pada tahun 2009. Lama tak lama jugalah, maklumlah aku sibuk menulis di blog kesayangan aku. Hidup Soerang Blogger yang banyak mengajar aku pahit getir menjalani hidup sebagai seorang blogger yang penuh dengan cabaran.
Mungkin bagi orang, hidup sebagai seorang blogger ini mudah. Sekadar menulis dan paparkan. Bagi aku, profession sebagai seorang blogger ini adalah amat mencabar. Banyak perkara yang perlu diketahui. Tidak kira mengenai blog atau pun dunia realiti. Tidak boleh main ikut suka sahaja nak menulis. Silap-silap masuk penjara.
Percaya atau tidak percaya, aku sudah bergelar sebagai seorang blogger sudah hampir dua tahun. Secara seriuslah, kalau hendak ikut bila aku blogging. Time sekolah dahulu aku dah berblog.
lama tu 2 tahun