Jiwa Kacau Disember 18, 2009
Posted by mohdisa in Kehidupan.Tags: jiwa, jiwa kacau, Kehidupan, life, nasihat, Tugas
7 comments
Dunia ini bagaikan sudah sebati dengan masalah, sama ada kita sendiri yang mencari masalah ataupun ia datang dengan sendirinya. Masalah demi masalah yang perlu dihadapi, bukan hanya sekelip mata sahaja kita boleh menyelesaikan masalah tersebut. Perlu mengambil masa, masa yang membuatkan jiwa sesorang itu turut merasakan masalah tersebut. Mulalah gangguan daripada pelbagai aspek, sama ada kita sedar atau tidak sedar. Ada masalah yang boleh membuatkan segala tugas harian kita tidak dapat dilaksanakan. Cakap orang mudah, “Jangan campur adukkan masalah dengan tugas.” Itu cakap orang, nasihat pandai. Cuba diri sendiri yang mengalaminya, mudahkah? Semudah ABC? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Jiwa Kacau – I Hate MySelf
Pingat Emas Bola Sepak Untuk Malaysia Disember 17, 2009
Posted by mohdisa in Sukan.Tags: akhir, bolasepak, emas, laos, malaysia, sukan sea, sukan sea 2009, vietnam
add a comment
Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 20 tahun apabila berjaya membenam asakan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2009 yang berlansung di Laos dengan kemenangan 1-0. (lagi…)
Separuh Akhir Sukan Sea: Malaysia 3 Laos 1 Disember 14, 2009
Posted by mohdisa in Sukan.Tags: bolasepak, football, laos, malaysia, sea games 2009, singapore, sukan sea 2009, vietnam
2 comments
Perlawanan yang boleh dianggap menarik untuk melihat kemaraan pasukan bawah 23 tahun Malaysia untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Sukan Sea 2009 dalam bola sepak di mana mereka akan menentang pasukan yang pernah mengalahkan mereka pada peringkat kumpulan sebelum ini iaitu pasukan Vietnam. (lagi…)
Latihan Intensif Persediaan UniMAP MASUM 2010 Disember 14, 2009
Posted by mohdisa in Sukan.Tags: bola sepak, kem latihan, masum, masum 2010, olahraga, UniMAP, universiti
1 comment so far
Hari bermulalah latihan intensif persediaan pasukan Universiti Malaysia Perlis untuk sukan MASUM pada tahun hadapan. Dijangka seramai 120 orang atlet akan berkampung di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, Wang Ulu selama lebih kurang lapan hari. Antara pasukan yang menyertai kem latihan ini adalah olahraga, bola sepak, futsal, sepak takraw, badminton, hoki, tenis, tenpin boling dan lain-lain. Kem latihan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UniMAP ini merupakan kem pertama yang dianjurkan sepanjang aku belajar di sini. Ini juga merupakan kali pertama aku menyertai kem ini selain kem-kem sukan yang lain yang pernah aku hadiri. Moga objektif yang dibawa di dalam kem ini tercapai iaitu memenagi seberapa pingat yang boleh pada siri MASUM tahun 2010. Amin.
Dua Emas Satu Gangsa Disember 14, 2009
Posted by mohdisa in Sukan.Tags: 100m, 4x100m, bronze, gold, karnival sukan mtun, karnival sukan mtun kali ke-2, lompat jauh, medal, mtun, mtun sport meet, mtun sport meet 2009, olahraga, ump, UniMAP, utem, uthm
4 comments
MTUN Sport Meet 2009 baru sahaja tamat pada hari Ahad, 13 Dis 2009 yang lalu. Di mana olahraga dipertandingkan pada hari terakhir. Aku berjaya menyumbang dua pingat emas melalu acara lompat jauh dan 4x100m dan pingat gangsa dalam 100m. Agak mendukacita bagi aku, kerana aku tidak berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara 100m yang dimenangi di Melaka pada tahun lalu. Tapi aku mampu berbangga dengan rekod peribadi aku dalam acara lompat jauh, walaupun aku berlatih hanya sehari sebelum kejohanan bermula. Aku mampu melakukan yang terbaik dan aku yakin dengan diri aku bahawa aku boleh melakukan dengan lebih baik di masa akan datang. Sekarang waktu persiapan untuk MASUM pada bulan Feb 2010 yang akan dilansungkan di Universiti Putra Malaysia. Akhir kata dari aku, terima kasih kepada universiti yang bertanding di MTUN Sport Meet pada kali ini. Sekian.


