Pening Kepala

Pening kepala aku dibuatnya saban hari, tidak tahu mengapa. Masalah? Rasanya memang banyak masalah, tetapi apa masalahnya. Aku sendiri tidak mengetahuinya.

Sakit kepala aku dibuatnya, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Semuanya berkenaan masa, masa yang kian berlalu.

Lepaking

Agak lama tidak lepak-lepak di blog mohdisa.wp ini, maklumlah sibuk dengan Blog Mohd Isa yang self-hosting tu. Bayar tu, so kenalah lepak sana lebih lagi. Yang free ni aku buat side blog sahaja, digunakan jika perlu.

Ini bab dah bosan sangat, jadi aku melawatlah kat sini. Mana nak tau ada harta karun ke. So, lepaking kejap di sini. Sambil layan megi kari dan nescafe.

Apa yang aku merepek ntah, belasah ajalah. Saja nak update blog ni. Korang yang suka melawat blog ni, apa cadangan korang untuk majukan blog ini?